:
DARUL HAAFIZHIIN AL-FURQAN ( Peringkat Menengah )


PENGENALAN DARUL HAAFIZHIIN AL FURQAN (DHF)

Darul Haafizhiin Al-Furqan (DHF) ditubuhkan bagi melahirkan generasi syabab yang menghafaz Al-Quran

dengan mantap & bertajwid, memahami serta mengaplikasi isi kandungan Al-Quran dalam

kehidupan seharian melalui implementasi 3P (Pengajian Islami, Penghayatan Al-Quran & As-

Sunnah, Pemantapan Akhlak & Sahsiah) yang diterapkan di DHF. Ia juga adalah

sebuah Institusi pengajian yang berorientasikan pengajian menghafal Al-Quran, Pengajian Islami

serta Bahasa Arab. Penstrukturan Sistem Pengajian DHF juga menitikberatkan aqidah,akhlak

& sahsiah para pelajar bagi membentuk para huffaz yang mempunyai Intelektual Islami yang tinggi.

 

MISI & VISI DARUL HAAFIZHIIN AL FURQAN (DHF)

CEMERLANG DAN BERMATLAMAT

·  1)Meningkatkan keupayaan intelektual Islami melalui Kurikulum DHF.

·  2)Memantapkan Hafazan Al Quran & Hadith Untuk Setiap Pelajar.

·3)  Menerapkan Penghayatan Al Quran & As Sunnah Dalam Diri Se"ap Pelajar.

· 4) Memantapkan Aqidah, Akhlak & Sahsiah Diri Setap Pelajar.

·  5) Meningkatkan Kualiti & Prestasi Pelajar Secara Berterusan.

SISTEM PENGAJIAN

1) Hafazan Al-Quran 30 Juzuk (Tidak Melebihi 3 tahun) melalui ‘SISTEM HAFAZAN AL-HUFFAZ’

·  2) Aplikasi Kurikulum Pengajian Islami.

· 3) Penekanan Bahasa Arab melalui ‘SISTEM HATA (Hafal -Tasmi’-Aplikasi )

·  4) Penerapan Tajwid melalui teknik ‘MATAN TUHFATUL ATHFAL’

·  5) Penerapan Nahu melalui teknik ‘MATAN AJRUMIYYAH’